Sunday, November 29, 2009

assalamualaikum and salam sejahtera semua..aku kembali!ceyy..macam dah pergi jauh kan ayatnye..haha..tapi betul la..aku kembali mengupdate blog aku ni lepas dah lame tak hiraukan page ni..bukan ape, ade cerita yang nak diberitahu tapi masa tak mengizinkan, tiba-tiba hilang idea la and paling konkrit punya alasan, AKU MALAS..hehe.. :p
Banyak benda yang aku nak cakap and luahkan kat sini..tapi disebabkan selalu tertangguh je, aku dah lupa sesetengah cerita tu..nak buat macam mana, melayu mudah lupa..haha..(mentang2 la tadi tengok 'Biography Mahathir' kat History channel)..
dan untuk pengetahuan korang aku dah dekat dua minggu balik bercuti kat rumah ni..menunggu kedatangan hari nak start practical pulak..hishh..14 days after my 19th birthday..wish me luck!
semalam aku sekeluarga menyambut hari raya Aidiladha..tak ada buat ape pun..pagi tu bangun tidur, mandi and bersiap2 (dapat baju kurung baru..haha) sambil tunggu Wea balik dari masjid..then gerak pergi kampung bini Pak Su aku kat Kampung Tok Kaya sebab Wea buat korban kat situ..kampung tu tak jauh pon dengan rumah nenek aku..dalam 10min macam tu la..tapi suasana kampung ni agak best..ada sungai, kebun getah..pendek kata boleh rasa suasana kampung yang sebetulnya la..huhu..ok balik pada cerita asal..lepas sampai tu, duduk2 kejap lepas tu jalan kaki masuk kebun getah and redah ladang kelapa sawit which is my first experience sebenarnya semata2 nak tengok lembu..hehe..setakat ni tiap2 kali buat korban, aku tak pernah miss tengok time sembelih tu..kali ni pon tak terlepas jugak..tak kisah la kena jalan jauh sikit dari umah Tok Wan Ismail tu, janji boleh tengok..siap boleh ambil gambar lagi dalam kebun getah tu..tapi kejap je aku duduk kat tempat sembelih tu..kitorang balik lepak umah Tok Wan and tunggu daging siap dibahagi-bahagikan..yang bestnya lepas kerja2 sembelih tu siap, kat rumah Tok Wan ni akan ada makan2 sikit..so, aku dapat makan nasi free la time ni..hehe..lauk dah comfirm la daging lembu je semuanya kan..nasib baik daging tu favourite aku. :D
since semalam hari jumaat, so kami kena bergegas pulang sebab yang lelaki2 kena pergi solat jumaat pulak..kami singgah rumah nenek sebelah Wea which is selang dua buah rumah je dengan rumah mak aku tapi sebab datuk nenek sebelah mak aku dah takde, kami beraya kat rumah sebelah Wea je la..sobsss..then balik rumah tolong mak masak2 dari petang sampai malam and pagi tadi aku dengan semangatnya bangun awal semata2 nak bakar sate daging yang aku cucuk sendiri..hehe..dan hari ni stay at home je..makan,makan dan makan..roti canai+sate daging+nasi himpit+kuah sate+nasi+daging goreng kicap+perut masak air asam+kek+air sirap..macam mana aku tak gemuk?hua3..tak kisahla orang nak cakap aku gemuk ke ape, janji bahagia..akak aku yang sulung siap panggil aku Debok (sebutannya dae-boark..ade sengau2 sket ye)..iskk..jiran aku pulak cakap aku dah kurus..kurus??mungkin jugak..aku pun rasa dah agak kurus sem ni..banyak benda nak kena fikir..huhu..okay..balik pada cerita balik..hari raya kedua ni tak ada yang special pon..dah tak pakai baju cantik2 macam semalam.huhu..akak aku pon dah balik rumah dia tadi and abang aku pon dah nak balik KL esook..sunyi la balik jadinya rumah ni nanti..*sigh*
itu je la dulu untuk kali ni...

sampai ketemu lagi!

w.n.a