Sunday, September 27, 2009

balik..

hye..
abang aku dah balik KL tadi..
aku pun dah kena balik perak esok..
isk..ikutkan hati ni, tak nak balik lagi..
tapi kena balik jugak..
aku ada tanggungjawab kat sana..cewwahh!

ni balik ni, agak2 ketegangan tu ade lagi ke?
masing2 buat tak tahu je..
masing2 tak buat pape nak pulihkan situasi..
baik aku, ataupun orang tu..
tapi, aku dah cuba tapi tak ade respons..
aku ke yang bermasalah sekarang ni?...
malas nak fikir.. :|


P/s: ni dah masuk enrty kedua aku cakap pasal situasi tegang ni..benda kecik je, tapi terlebih touching plak.sorry kalau buat kamu2 yang sudi baca blog aku ni bosan..tapi ni je medium yang aku rasa aku bebas berkata-kata..medium yang tak akan ade anasir2 luar campur tangan..sebab belum tentu ade yang akan faham ape yang berlaku.sebab aku sendiri pon kadang2 tak faham kenapa, bagaimana, macam mana and etc2 benda2 macam tu boleh berlaku..so, aku minta jangan la buat spekulasi sendiri..dan tolong jangan percaya sesuatu yang tidak keluar dari mulut aku sendiri..boleh?terima kasih atas kerjasama yang bakal anda semua berikan.. :)

w.n.a

Tuesday, September 22, 2009

aidilfitri 2009.... :)











selamat hari raya aidilfitri 1430H!

p/s:
kami sekeluarga memakai pakaian sedondon warna merah untuk hari raya pertama..(nazmi, kita sedondon raya tahun ni.ahaks! :p )..baju aku tu ade kisah di sebaliknya tau..ape kisahnya, biar aku dan family je yang tahu..haha..dan kami perasan memang ramai orang bertemakan warna merah untuk first day raya tu..patut la abang aku susah benor nak cari baju melayu dia tu,,padanla, sape suruh pergi beli di malam raya!huhu..
dan warna orange tu theme untuk family aku dengan family Mok Lah.haha.dah la baju kitorang tu semuanya ade kembar masing-masing..kira macam boria la ni.hehe.dan yang paling best geng2 perempuan..haha..semuanya gila bergambar!dan jangan pelik dan hairan gambar2 untuk baju orange tu semuanya perempuan je.memang begitu tiap2 kali raya..ni je cucu-cucu perempuan arwah atuk dan nenek aku yang paling besar..yang lain kecik2 je..huhu..
so, begitulah hari raya kami untuk dua hari ini..another gambar?tunggu sambungannya..jeng..jeng..jeng!!!!! :D


w.n.a

Sunday, September 20, 2009

selamat hari raya!

Selamat hari raya aidilfitri kepada semua yang mengenali diri ini..mohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa, tersalah laku, terburuk laku, tersalah cakap dan tersalah tulis..harap dapat diampunkan segala salah dan silap yang pernah aku buat.. :)
hurm..raya ni agak lain dari yang lain rasanya.satu, kami beraya dengan keadaan rumah yang berwajah baru..alhamdulillah, syukur dengan rezeki kurniaan Allah..kedua, mungkin menjadi lebih meriah bila pulang ke kampung di siang hari nanti memandangkan bilangan ahli keluarga my dad bertambah..bertambah berbanding 2tahun sebelum ini.. :) ketiganya, hari raya kedua nanti, semua adik beradik my mom akan berkumpul di teratak kami..yela, bila sudah kehilangan kedua-dua orang tua, semestinya begini sajalah cara untuk berkumpul beramai-ramai..meriah u ollss!haha..
memandangkan ramadhan sudah berakhir, maka syawal pula menjelma..semoga lebaran yang datang ini memberikan seribu kerahmatan kepada kita..dan kita sepatutnya bersyukur dengan peluang dapat menyambut ramadhan dan syawal pada tahun ini dengan seadanya..entah dapat atau tidak lagi peluang seperti ini pada tahun hadapan..kita mana tahu kan?... ^__^

akhir kata, aku ucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI aku SEKELUARGA..


p/s: entry kali ni ayatnya agak berbunga-bunga..maybe kesan terperangkap dalam jammed masa nak ke kota bharu tadi kot.haha.selamat hari raya u ollss!!! :D

Friday, September 18, 2009

saya di rumah sekarang!hehe..rasa gembira yang amat sangat bila dah sampai rumah ni.rumah pun dah berwajah baru.kira semangat raya tahun ni up sikit la.haha.rezeki semua tu.huhu. balik pagi semalam my dad jemput dekat stesen bas Kota Bharu and sempat sahur kat rumah..after sahur, lepak tengok2 tv then sambung tidur sampailah ade suara2 halus dok panggil2 kat tepi telinga ni suruh bangun..yeahhh sarah and amirul rupenye..tapi sorry la anak2 sekalian, mak cik mu tadi tak larat sangat nak bukak mata..buat tak layan je diorang kejutkan tadi..hehe..mak cik sape la ni ek? :p

ohh ya, sebelum balik hari tu, ade berlaku sedikit ketegangan..and aku cuba nak settel kan tapi tidak mendapat sambutan.aku biarkan je..tapi aku agak tidak berpuas hati bila ada orang yang tidak tahu apa2, cuba nak membuat spekulasi sendiri dan berkelakuan seperti aku membuat salah yang besar terhadap mereka..sebab benda kecil, jadi macam ni..maybe aku kena berhati-hati bila bercakap lepas ni..keluar la ayat sesopan mane pon, kalau dah orang nak salah faham, salah faham jugak..siape la kita ni nak halang orang daripada nampak kesalahan kita ni..biarpun kesalahan mereka tu lagi teruk daripada kita.. -__-
...aku penat.aku tak larat..tolong jangan paksa aku makin jauh dengan korang....


di kesempatan ini, saya, wan noor amira binti wan ahmad ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua rakan2 dan seluruh umat islam. sepuluh jari saya susun memohon maaf jika ada terkasar bahasa, tersalah laku, terlajak kata, terburuk kelakuan, terlupa menjaga hati sepanjang tempoh kita kenal. :)




w.n.a

Wednesday, September 9, 2009

atur, teratur, diatur,mengatur...

uiks..dah lama tak buat entry baru..serius cakap semenjak dua tiga menjak ni kehidupan aku dah macam ape dah.tidur tak payah cakap la, memang dah tak teratur..tidur lambat, bangun awal..mau nye tak sakit kepala..nak pulak bulan ramadhan ni..lagi la banyak je dugaan..huhu..hari ini je dari pagi sampai petang ade je dugaan kat aku ni.hehe.pagi terbabas waktu tidur..pergi kelas lambat,nasib baik cik teh tak bising..masuk kelas je, ade test..nasib baik open book test.tapi soalan membunuh jugak la.ok habis kelas eco,bergerak ke fakulti AC..ade kelas Measurement kat bilik ac114..sampai2 je, pintu dah kunci.ahhh sudah!cik ain dah ade kat dalam dan dia tak nak bukak pintu.aku tengok jam, baru 5minit lewat.dan bukannya sengaja pon nak pergi lambat..sempat la merempat kat luar kelas tu dekat 15min sambil berharap cik ain nak bukak pintu tu..dah la panas, bosan, rasa unfair pon ade..kitorang pon pergi lepak kat tangga je..si nazrul and syukri siap tulis surat lagi tapi tak mendapat respons pon.huhu.kiranya terkurus jugak la pahala puasa tadi.hehe..korang faham2 je la eh bila kita dalam keadaan macam tu..mulut tak boleh nak kawal. :p tunggu punye tunggu, siap gelak2 lagi kat tangga tu dengan orang2 yang senasib dengan aku, baru cik ain bukak pintu..sejam jugak la kami lepak2 kat situ sambil menganyam ketupat.haha.jam 12++ baru boleh masuk kelas.tu pon selepas disoal siasat oleh cik ain..huhu..next week kena cakap awal2 la dengan cik teh nak keluar awal. tak sanggup den jadi macam tadi lagi..kelas untuk petang tu berjalan macam biasa je..kelas constech 3jam..pergi bazar, sabar je la aku dengan abang yang jual air tu.punye la lama tunggu baru dapat.tu pon paling last aku dapat.nasib baik bila balik bilik, keadaan air anggur tu menepati citarasa aku.kira berbaloi la tunggu.hehe.
sudah hilang ayat yang nak ditaip dah. :|



p/s: risau takut orang salah anggap tindakan yang kita buat.. takut dikatakan mengambil kesempatan..patut ke?...



w.n.a