Showing posts with label praktikal. Show all posts
Showing posts with label praktikal. Show all posts

Friday, December 18, 2009

dah tiga hari aku berpraktikal.. first day, duduk tercongok for 2hours then tolong seorang budak praktikal dari Politeknik lipat drawing..ada la dua set juga aku dengan Aimi lipat..rupanya ada cara nak melipat drawing ni..yang aku lipat tu drawing contract..2nd day, pagi2 lagi kena jumpa dengan salah seorang senior QS firm tu.. En. Akmal namanya..dia ada la bagi briefing sikit2 pasal office regulations..contohnya masuk office 9.00 a.m then balik 5.30p.m.. tapi kalau banyak kerja, pukul 6 la balik..lepas tu turun jumpa supervisor aku..nama dia Nin Evana Syuhaini..panggil je Kak Nin..orangnya agak serius..takut masa nak jumpa dia pagi tu..sebabnya petang sebelum tu aku dah kena tegur sebab tulis alamat firm salah..awal2 dah kena...hehe..dia suruh aku dengan Aimi check BQ baru dengan BQ lama..lepas tu tadi dapat la buat measurement sikit..kena kira length reinforcement untuk roof beam..bila buat tadi, rasa macam senang pula..masa belajar complicated je rasa..haha..alasan je tu..padahal malas nak fahamkan sendiri.. then kena sambung kira concrete pulak..tapi tak siap pun lagi..tunggu la hari isnin ni aku dengan aimi siapkan..tadi kalut nak balik..haha..oh ya..aku ni dikira agak bernasib baik sebab hari jumaat dan sabtu aku cuti..ada kawan aku hari sabtu kena kerja..kesian betul..sabar je la su eh?hehe..

lepas tu aku dalam dilemma sebenarnya ni..patut tak aku duduk rumah sewa? rumah tu lebih kurang 10minit je jalan kaki pergi office..sewa pulak rm150 untuk sebuah rumah..bila masuk aku, sorang kena bayar dalam rm35-rm40 macam tu je la..sesuai la dengan aku yang tak berduit ni..tapi aku tak nak..aku rasa lagi selesa tinggal kat rumah sendiri je..tak kisah pun nak ulang alik sebenarnya..tapi ada masalah jugak..nak pergi kerja pagi2 senang la..banyak teksi atau bas..tapi bila nak balik tu..kalau balik awal takpe..kalau kena balik lepas pukul6?..macam hari first aritu..aku sampai kat rumah dekat pukul8 mlm..sebabnya, aku keluar office pukul 5.45pm then naik teksi pergi main bus station kat dalam bandar KB tu sebab aku tengok teksi2 yang menghala ke arah Ketereh semuanya dah penuh..sampai dekat bus station tu bas bernombor '44' tak sampai lagi..bila bas tu sampai, aku naik lepas tu tunggu dekat sejam baru la bas tu gerak..dah pukul7.00pm dah time tu..hari dah gelap.serius wei aku tak pernah balik sendiri lambat macam tu..tapi nasib baik esoknya tu cepat je aku sampai..siap boleh tengok cerita Cinta Balqis lagi..hehe..sebabnya kebetulan masa aku keluar dari office lepas tu lintas jalan, ade teksi kosong..aku naik je la..nasib baik..takde la kena menunggu lama sangat..hurm..lepas tu macam mana ni?rumah sendiri atau rumah sewa?.. *sigh*


p/s: lupa nak beritahu, Aimi tu kawan sepraktikal aku..dia student QS dari Uitm Sarawak..

~w.n.a~

Sunday, December 13, 2009

hai!..okay macam biasa...entry terbahagi kepada beberapa part.. :D

part1....
satu pagi, bangun tidur..bangun then buat apa2 yang patut like mandi, makan and so on la kan..tiba-tiba terdetik nak message orang..dengan excited ni jari-jari bergerak taip apa2 yang nak dcakap and tekan 'SEND'..tak sampai 5 saat, tengok2 dekat skrin phone tu menyatakan "message sending failed!"..huh???.. try lagi...still "message sending failed!"..tak puas hati lagi..try send lagi..failed jugak..then dial *124# dan tiba2 rasa kehairanan yang amat sangat wujud bila tengok dekat skrin.. baki akaun anda= rm-33.00...rm-33.00????kredit phone pon boleh ada '-ve' jugak ke?...kepala dah pening..ishh..think positive..salah tengok kot..check balik kredit then sama jugak hasilnya..then decide nak try call orang..tak dapat call..lepas tu dapat message, baki akaun anda tidak mencukupi untuk m'buat panggilan..adeihh..dah tak sedap hati ni..ok takpe..lepak dulu.biar dulu phone tu sambil2 rewind balik apa yang jadi sebelum tidur malam tu..pita rakaman berputar...........
1. lepas maghrib message syafiqah cakap nak call dia...
2.call syafiqah tapi tak berjawab..
3.pergi tengok tv then pukul9.15 call syafiqah lagi then borak2+gelak2..tiba2 terputus..try call lagi tapi tak dapat..
4.pergi dapur buat burger daging cheese (yummi!) then sambung tengok tv..sambil2 tu bermesej2..(time ni malam last dapat call n message free sebab birthday..hehe..)
5.masuk bilik, turn on laptop sebab nak tengok cerita hanazakari (japanese drama)..
6.try call orang sebab dapat info yang bonus tu tak habis lagi biarpun dah lepas pukul 12.00 malam..tak dapat..line busy kot..tapi message boleh pulak..try call lagi.still tak dapat jugak..huh!
7.dapat message dari c***** cakap "selamat hari jadi...bla...bla..bla..telah bertukar dari S.O.X ke U.O.X..bla..bla..bla)..
8.dah pukul 2 pagi, dah mengantuk sangat.turn off laptop then tidur..
tu je..
apa yang salahnya sampai jadi macam tu??..message akak suruh belikan topap then bila topap je, baki akaun= rm-23.00..cisssskekk betul la!ditelannya kredit tu..aura kemarahan dah datang..bagitau kat syafiqah..boleh pulak minah tu gelak2..sabar je la..dia suruh try call careline..since nak call careline tu free je, tak kisah la kan..operator tu boleh cakap,"cik, panggilan terakhir yang cik buat kepada nombor 013-425**** adalah selama 7jam 48saat..and telah dicas sebanyak rm47.48.."..terkedu..terdiam..bila masa pulak?giler ke ape nak cakap sampai 7jam?call malam tu tak sampai setengah jam pun..operator tu tanya."cik tak letak phone ke masa call free ni..bla3..."..ok..terangkan perkara yang sebenar then dia cakap." ok, saya akan hantar report dan cik kena tunggu 3 hari bekerja..."..dua hari lepas tu, call lagi careline and kali ni, "cik kena tunggu dalam masa 24jam dan akaun cik akan ok balik..kalau tak ok, report akan dihantar.."..tunggu lagi..selepas 24jam..takde apa2 yang berubah pun..call lagi..and they said," report cik telah dihantar tapi belum diproses lagi..cik tunggu dalam 3-6 HARI BEKERJA and it will be fine.."..dush!memang la ayatnya tu mendatangkan kemarahan dalam diri ni..time2 macam ni la jugak nak buat masalah.. :|
kalau korang kena macam ni, apa reaksi korang?...

settle part1..

part2...
tarikh nak lapor diri kat tempat praktikal dah dekat..lagi dua hari je..frankly speaking, aku takut.mampu ke aku nak buat kerja nanti?mampu ke aku nak siapkan semua report yang kena buat?mampu ke aku mengelakkan diri daripada menimbulkan masalah atau ditimpa masalah macam cerita yang aku dengar tu?..haihh..wish me luck!
oh ya, firm yang aku akan buat praktikal ni namanya WAW Consult..office ni agak strategik la kedudukan dia..dekat dengan lampu isyarat..sebelah kiri ada bangunan SUK..(office menteri besar kat dalam tu)..betul2 di depannya ada main office JKR Kelantan..pengangkutan nak pergi dan balik praktikal aku guna taxi dan bas je..nak pergi tu senang..tapi time balik la masalahnya..kemungkinan susah nak dpat khidmat kedua2 pengangkutan tu agak besar..dengan jalan jammed lagi..btw, for your information, jarak antara rumah aku dengan firm tu ada la dalam 20-25min perjalanan..boleh dikategorikan sebagai jauh jugak la..hurm..takpe la..nanti kita fikirkan jalan penyelesaian pulak..huhu..

part3..
salah seekor kucing kat rumah ni dah mati tadi..nama kucing tu "Ekor Patah" sebab ekor dia macam patah sikit..haha..lagipun rupanya nak sama dengan sekor lagi kucing tu..nama yang tu "Kelkatu" sebab bulu dia lebat and serabut semacam..so, nak elakkan tertukar terpaksa la bagi nama berdasarkan rupa paras masing2..haha..boleh pulak kan..dah 2,3 hari ni kucing2 kat rumah ni macam lemah je..tak hyper macam selalunya..dengan Busuk yang lari dari rumah, si Mas yang syok je melepak kat rumah orang..adeihh la..macam2 ragam la kucing kat rumah ni..tu tak campur lagi dengan Mak Abu yang gila meroyan apa entah tak nak bagi susu kat anak dia..yang lain2 macam Albino,Unta,Pok Tam, Tappungg (yang ni menumpang je asalnya..) memang tak hyper macam selalu..jangan la nanti lepas sekor, sekor pulak yang mati.. :'(


p/s: doakan supaya aku dapat menjalani praktikal dengan aman bahagia tanpa sebarang masalah... :)
oh ya..dah rasa takut nak pergi KBMALL..haha..dah kurang satu tempat aku nak lepak2 dengan kwn2 ak la kalau camtu.. :p