Friday, December 18, 2009

dah tiga hari aku berpraktikal.. first day, duduk tercongok for 2hours then tolong seorang budak praktikal dari Politeknik lipat drawing..ada la dua set juga aku dengan Aimi lipat..rupanya ada cara nak melipat drawing ni..yang aku lipat tu drawing contract..2nd day, pagi2 lagi kena jumpa dengan salah seorang senior QS firm tu.. En. Akmal namanya..dia ada la bagi briefing sikit2 pasal office regulations..contohnya masuk office 9.00 a.m then balik 5.30p.m.. tapi kalau banyak kerja, pukul 6 la balik..lepas tu turun jumpa supervisor aku..nama dia Nin Evana Syuhaini..panggil je Kak Nin..orangnya agak serius..takut masa nak jumpa dia pagi tu..sebabnya petang sebelum tu aku dah kena tegur sebab tulis alamat firm salah..awal2 dah kena...hehe..dia suruh aku dengan Aimi check BQ baru dengan BQ lama..lepas tu tadi dapat la buat measurement sikit..kena kira length reinforcement untuk roof beam..bila buat tadi, rasa macam senang pula..masa belajar complicated je rasa..haha..alasan je tu..padahal malas nak fahamkan sendiri.. then kena sambung kira concrete pulak..tapi tak siap pun lagi..tunggu la hari isnin ni aku dengan aimi siapkan..tadi kalut nak balik..haha..oh ya..aku ni dikira agak bernasib baik sebab hari jumaat dan sabtu aku cuti..ada kawan aku hari sabtu kena kerja..kesian betul..sabar je la su eh?hehe..

lepas tu aku dalam dilemma sebenarnya ni..patut tak aku duduk rumah sewa? rumah tu lebih kurang 10minit je jalan kaki pergi office..sewa pulak rm150 untuk sebuah rumah..bila masuk aku, sorang kena bayar dalam rm35-rm40 macam tu je la..sesuai la dengan aku yang tak berduit ni..tapi aku tak nak..aku rasa lagi selesa tinggal kat rumah sendiri je..tak kisah pun nak ulang alik sebenarnya..tapi ada masalah jugak..nak pergi kerja pagi2 senang la..banyak teksi atau bas..tapi bila nak balik tu..kalau balik awal takpe..kalau kena balik lepas pukul6?..macam hari first aritu..aku sampai kat rumah dekat pukul8 mlm..sebabnya, aku keluar office pukul 5.45pm then naik teksi pergi main bus station kat dalam bandar KB tu sebab aku tengok teksi2 yang menghala ke arah Ketereh semuanya dah penuh..sampai dekat bus station tu bas bernombor '44' tak sampai lagi..bila bas tu sampai, aku naik lepas tu tunggu dekat sejam baru la bas tu gerak..dah pukul7.00pm dah time tu..hari dah gelap.serius wei aku tak pernah balik sendiri lambat macam tu..tapi nasib baik esoknya tu cepat je aku sampai..siap boleh tengok cerita Cinta Balqis lagi..hehe..sebabnya kebetulan masa aku keluar dari office lepas tu lintas jalan, ade teksi kosong..aku naik je la..nasib baik..takde la kena menunggu lama sangat..hurm..lepas tu macam mana ni?rumah sendiri atau rumah sewa?.. *sigh*


p/s: lupa nak beritahu, Aimi tu kawan sepraktikal aku..dia student QS dari Uitm Sarawak..

~w.n.a~

No comments: