Friday, January 1, 2010

2010

phewww..dah masuk tahun baru dah..sekejap je rasa..pejam celik pejam celik dah habis setahun..banyak benda yang jadi sepanjang tahun 2009..ada suka, ada duka dan ada jugak aku buat benda berani mati.haha.ape benda tu, biar aku dan mereka yang tahu saje..sekali lagi, aku nak minta maaf untuk malam tu..kamu nak tahu, ada orang gelakkan kita masa jumpa nak bagi cerita tu..dia gelak sebab dia cakap muka kita tak boleh blah tengah cover malu..ade pulak macam tu kan?..siot je..dia tak tahu betapa gelabahnye aku masa tu..bimbang sebenarnya.. :p
ok tutup kejap cerita tu..aku boleh cakap yang tahun 2009 ni ada la mengubah aku jadi manusia sikit..(hurm..before ni aku bukan manusia ke?haha..)..tak..maksud aku, aku rasa aku banyak memerhatikan keadaan sekeliling lepas tu fikir then buat spekulasi sendiri..haha..tu yang penting..suka je buat spekulasi dan kesimpulan sendiri..lepas tu pening.haha..*geleng kepala sambil senyum*..i should give some credits for those who sudi nak melayan kerenah aku sepanjang tahun 2009 ni..cik sasa,kema,mira,su,nazmi,nazrul,myesarah dan ada la 2,3 orang lagi yang aku tak tersebut dalam ni antara orang yang paling kerap aku bekerjasama untuk tahun 2009.
oh ya tak lupa, bulan ramadhan yang lepas aku sempat tolong nazmi handle satu event untuk persatuan PERUBAHAN..penat..tu je aku boleh cakap.haha.siap boleh ponteng kelas ganti ETR lagi malam tu..siang hari tu lagi la..nasib baik tak pengsan masa kelas ganti PP..kebetulan pn.suzila buat sesi soal jawab tengah hari tu..so semua kena berdiri.siapa yang boleh jawab baru boleh duduk..aku ni dah la yang memang tak boleh berdiri lama2..t'kena pulak hari tu memang hari yang tak bertenaga..dah nama pun bulan puasa..bila dah lama berdiri tu,aku dah rasa lain macam..aku cakap kat syasa yang aku rasa penat+pening..dia boleh gelak2 pulak..sekali aku toleh kat dia,dia terkejut tengok muka aku dah pucat sangat.time tu memang aku dah tak larat nak bercakap dah..aku terus duduk macam tu je..try panggil puan nak bagitau aku duduk sebab nak pitam tapi puan tak perasan..budak2 yang perasan aku duduk padahal tak jawab soalan pun lagi dah pelik..haha..nasib baik tak ramai yang perasan keadaan aku time tu..kalau tak kecoh jadinya..haha..nasib baik la lepas aku duduk kejap, keadaan aku ok balik..tapi still pucat la diorang cakap..hihihi..tapi bukan setakat tu je..lepas class PP,terus sambung class ECO..nah amek kau!assignment group aku kena buang ikut tingkap..adeihh la..nasib baik aku tak pengsan masa tengok assignment elok je melepasi tingkap nako tu and terus jatuh sampai bawah..sedih kot tima tu..tapi masing2 ahli group aku buat muka cool je.haha.profesional la katekan..then balik class eco,kena berkejar pergi Dewan Sri Iskandar (DSI) nak selesaikan apa2 yang patut..memang tak mendapat rehat la hari tu..makan berbuka pun laju je.yela..risau takut peserta event tu sampai dulu daripada tukang incharge..bila tengok majlis tu berjalan dengan lancar je, hati lega..biarpun aku bukan AJK rasmi event tu, tapi aku still rasa bertanggungjawab jugak..aku tak tahu la kalau ada yang cakap2 belakang sebab kemunculan aku yang tiba2 tu tapi aku buat sekadar nak tolong seorang kawan.there's no hidden agenda ok..bila kawan minta bantuan dan kamu boleh tolong dia, why not kan kamu tolong dia?tu bukan isu besar pun bagi aku.tapi bagi mereka yang tak suka tengok orang yang buat kerja secara bekerjasama, aku tak tahu..habis event tu, kami lepak2 kat luar DSI tu dengan cik teh and cik 'ain..lecturer berdua tu pelik sebab aku je perempuan yang ada malam tu..haha..saya pun pelik wahai cik2 berdua.. :p
tu la yang paling aku ingat...ada yang lain tapi biarlah..haha..nanti kalau ada masa aku buat sesi flashback untuk next entry ya! :D
hari last 2009, aku sedang berpraktikal..so far, semua ok sehingga lah ada satu hari kami dapat tahu sesuatu yang masa tu jugak rasa macam hampa sangat2..macam lagu UNGU tu,'hampa hatiku'..tapi lepas rilex kejap,aku gain balik semangat then buat kerja macam biasa..frankly speaking, masa dapat tahu tu, aku rasa macam nak balik rumah time tu jugak..tiba2 perasaan tak puas hati dan teraniaya datang dalam diri..then aku try to think positive and motivate myself,perlahan2 ok..at the moment aku belajar one thing, bersyukur dengan apa yang ada..memang rasa hampa,teraniaya tu takkan hilang tapi at least bersyukur..kena kuatkan semangat balik and buat kerja seikhlas yang boleh. :)
akhir kata, SELAMAT DATANG 2010..semoga tahun ini akan membawa lebih banyak kebaikan dan keberkatan di dalam hidup kita semua..amin.. ^___^


p/s: aiseyy..no more '-teens years old' dah.. :p


~w.n.a~

No comments: