Friday, December 18, 2009

dah tiga hari aku berpraktikal.. first day, duduk tercongok for 2hours then tolong seorang budak praktikal dari Politeknik lipat drawing..ada la dua set juga aku dengan Aimi lipat..rupanya ada cara nak melipat drawing ni..yang aku lipat tu drawing contract..2nd day, pagi2 lagi kena jumpa dengan salah seorang senior QS firm tu.. En. Akmal namanya..dia ada la bagi briefing sikit2 pasal office regulations..contohnya masuk office 9.00 a.m then balik 5.30p.m.. tapi kalau banyak kerja, pukul 6 la balik..lepas tu turun jumpa supervisor aku..nama dia Nin Evana Syuhaini..panggil je Kak Nin..orangnya agak serius..takut masa nak jumpa dia pagi tu..sebabnya petang sebelum tu aku dah kena tegur sebab tulis alamat firm salah..awal2 dah kena...hehe..dia suruh aku dengan Aimi check BQ baru dengan BQ lama..lepas tu tadi dapat la buat measurement sikit..kena kira length reinforcement untuk roof beam..bila buat tadi, rasa macam senang pula..masa belajar complicated je rasa..haha..alasan je tu..padahal malas nak fahamkan sendiri.. then kena sambung kira concrete pulak..tapi tak siap pun lagi..tunggu la hari isnin ni aku dengan aimi siapkan..tadi kalut nak balik..haha..oh ya..aku ni dikira agak bernasib baik sebab hari jumaat dan sabtu aku cuti..ada kawan aku hari sabtu kena kerja..kesian betul..sabar je la su eh?hehe..

lepas tu aku dalam dilemma sebenarnya ni..patut tak aku duduk rumah sewa? rumah tu lebih kurang 10minit je jalan kaki pergi office..sewa pulak rm150 untuk sebuah rumah..bila masuk aku, sorang kena bayar dalam rm35-rm40 macam tu je la..sesuai la dengan aku yang tak berduit ni..tapi aku tak nak..aku rasa lagi selesa tinggal kat rumah sendiri je..tak kisah pun nak ulang alik sebenarnya..tapi ada masalah jugak..nak pergi kerja pagi2 senang la..banyak teksi atau bas..tapi bila nak balik tu..kalau balik awal takpe..kalau kena balik lepas pukul6?..macam hari first aritu..aku sampai kat rumah dekat pukul8 mlm..sebabnya, aku keluar office pukul 5.45pm then naik teksi pergi main bus station kat dalam bandar KB tu sebab aku tengok teksi2 yang menghala ke arah Ketereh semuanya dah penuh..sampai dekat bus station tu bas bernombor '44' tak sampai lagi..bila bas tu sampai, aku naik lepas tu tunggu dekat sejam baru la bas tu gerak..dah pukul7.00pm dah time tu..hari dah gelap.serius wei aku tak pernah balik sendiri lambat macam tu..tapi nasib baik esoknya tu cepat je aku sampai..siap boleh tengok cerita Cinta Balqis lagi..hehe..sebabnya kebetulan masa aku keluar dari office lepas tu lintas jalan, ade teksi kosong..aku naik je la..nasib baik..takde la kena menunggu lama sangat..hurm..lepas tu macam mana ni?rumah sendiri atau rumah sewa?.. *sigh*


p/s: lupa nak beritahu, Aimi tu kawan sepraktikal aku..dia student QS dari Uitm Sarawak..

~w.n.a~

Sunday, December 13, 2009

hai!..okay macam biasa...entry terbahagi kepada beberapa part.. :D

part1....
satu pagi, bangun tidur..bangun then buat apa2 yang patut like mandi, makan and so on la kan..tiba-tiba terdetik nak message orang..dengan excited ni jari-jari bergerak taip apa2 yang nak dcakap and tekan 'SEND'..tak sampai 5 saat, tengok2 dekat skrin phone tu menyatakan "message sending failed!"..huh???.. try lagi...still "message sending failed!"..tak puas hati lagi..try send lagi..failed jugak..then dial *124# dan tiba2 rasa kehairanan yang amat sangat wujud bila tengok dekat skrin.. baki akaun anda= rm-33.00...rm-33.00????kredit phone pon boleh ada '-ve' jugak ke?...kepala dah pening..ishh..think positive..salah tengok kot..check balik kredit then sama jugak hasilnya..then decide nak try call orang..tak dapat call..lepas tu dapat message, baki akaun anda tidak mencukupi untuk m'buat panggilan..adeihh..dah tak sedap hati ni..ok takpe..lepak dulu.biar dulu phone tu sambil2 rewind balik apa yang jadi sebelum tidur malam tu..pita rakaman berputar...........
1. lepas maghrib message syafiqah cakap nak call dia...
2.call syafiqah tapi tak berjawab..
3.pergi tengok tv then pukul9.15 call syafiqah lagi then borak2+gelak2..tiba2 terputus..try call lagi tapi tak dapat..
4.pergi dapur buat burger daging cheese (yummi!) then sambung tengok tv..sambil2 tu bermesej2..(time ni malam last dapat call n message free sebab birthday..hehe..)
5.masuk bilik, turn on laptop sebab nak tengok cerita hanazakari (japanese drama)..
6.try call orang sebab dapat info yang bonus tu tak habis lagi biarpun dah lepas pukul 12.00 malam..tak dapat..line busy kot..tapi message boleh pulak..try call lagi.still tak dapat jugak..huh!
7.dapat message dari c***** cakap "selamat hari jadi...bla...bla..bla..telah bertukar dari S.O.X ke U.O.X..bla..bla..bla)..
8.dah pukul 2 pagi, dah mengantuk sangat.turn off laptop then tidur..
tu je..
apa yang salahnya sampai jadi macam tu??..message akak suruh belikan topap then bila topap je, baki akaun= rm-23.00..cisssskekk betul la!ditelannya kredit tu..aura kemarahan dah datang..bagitau kat syafiqah..boleh pulak minah tu gelak2..sabar je la..dia suruh try call careline..since nak call careline tu free je, tak kisah la kan..operator tu boleh cakap,"cik, panggilan terakhir yang cik buat kepada nombor 013-425**** adalah selama 7jam 48saat..and telah dicas sebanyak rm47.48.."..terkedu..terdiam..bila masa pulak?giler ke ape nak cakap sampai 7jam?call malam tu tak sampai setengah jam pun..operator tu tanya."cik tak letak phone ke masa call free ni..bla3..."..ok..terangkan perkara yang sebenar then dia cakap." ok, saya akan hantar report dan cik kena tunggu 3 hari bekerja..."..dua hari lepas tu, call lagi careline and kali ni, "cik kena tunggu dalam masa 24jam dan akaun cik akan ok balik..kalau tak ok, report akan dihantar.."..tunggu lagi..selepas 24jam..takde apa2 yang berubah pun..call lagi..and they said," report cik telah dihantar tapi belum diproses lagi..cik tunggu dalam 3-6 HARI BEKERJA and it will be fine.."..dush!memang la ayatnya tu mendatangkan kemarahan dalam diri ni..time2 macam ni la jugak nak buat masalah.. :|
kalau korang kena macam ni, apa reaksi korang?...

settle part1..

part2...
tarikh nak lapor diri kat tempat praktikal dah dekat..lagi dua hari je..frankly speaking, aku takut.mampu ke aku nak buat kerja nanti?mampu ke aku nak siapkan semua report yang kena buat?mampu ke aku mengelakkan diri daripada menimbulkan masalah atau ditimpa masalah macam cerita yang aku dengar tu?..haihh..wish me luck!
oh ya, firm yang aku akan buat praktikal ni namanya WAW Consult..office ni agak strategik la kedudukan dia..dekat dengan lampu isyarat..sebelah kiri ada bangunan SUK..(office menteri besar kat dalam tu)..betul2 di depannya ada main office JKR Kelantan..pengangkutan nak pergi dan balik praktikal aku guna taxi dan bas je..nak pergi tu senang..tapi time balik la masalahnya..kemungkinan susah nak dpat khidmat kedua2 pengangkutan tu agak besar..dengan jalan jammed lagi..btw, for your information, jarak antara rumah aku dengan firm tu ada la dalam 20-25min perjalanan..boleh dikategorikan sebagai jauh jugak la..hurm..takpe la..nanti kita fikirkan jalan penyelesaian pulak..huhu..

part3..
salah seekor kucing kat rumah ni dah mati tadi..nama kucing tu "Ekor Patah" sebab ekor dia macam patah sikit..haha..lagipun rupanya nak sama dengan sekor lagi kucing tu..nama yang tu "Kelkatu" sebab bulu dia lebat and serabut semacam..so, nak elakkan tertukar terpaksa la bagi nama berdasarkan rupa paras masing2..haha..boleh pulak kan..dah 2,3 hari ni kucing2 kat rumah ni macam lemah je..tak hyper macam selalunya..dengan Busuk yang lari dari rumah, si Mas yang syok je melepak kat rumah orang..adeihh la..macam2 ragam la kucing kat rumah ni..tu tak campur lagi dengan Mak Abu yang gila meroyan apa entah tak nak bagi susu kat anak dia..yang lain2 macam Albino,Unta,Pok Tam, Tappungg (yang ni menumpang je asalnya..) memang tak hyper macam selalu..jangan la nanti lepas sekor, sekor pulak yang mati.. :'(


p/s: doakan supaya aku dapat menjalani praktikal dengan aman bahagia tanpa sebarang masalah... :)
oh ya..dah rasa takut nak pergi KBMALL..haha..dah kurang satu tempat aku nak lepak2 dengan kwn2 ak la kalau camtu.. :p

Friday, December 11, 2009

result untuk exam semester 4 dah dapat semalam..alhamdulillah..semua ok dan lulus..tapi gpa dengan cgpa turun..dah jadi macam part2 dulu..adeihh..trauma dah aku dengan exam sesi july-november ni..ramai kawan aku dapat tinggi..ada yang dapat dekan sekali lg, ade yang hampir2 nak dapat dekan and ade jugak yang mengalami kejatuhan pointer..*sigh*
aku punya result ade 2 grade je..b,b,b,b-,b and b..see?eco dpt b-?haha.macam tak percaya pun ada.but still aku bersyukur..tak sia2 assignment group aku kena buang ikut tingkap dari tingkat 3 FSPU..aku dah bayangkan kena repeat dah eco masa tu..siap dah terfikir nanti part6 nak masuk class mane sebab cik teh dah pesan jangan masuk class dia kalau repeat eco..hehe..average result ok la..sedih tu memang la sedih..tapi nak buat macam mane..takde rezeki lagi aku nak pegang balik title tu..takpe..ada lagi dua sem..go mira, go! (saje nak sedapkan hati...)

tu je..

w.n.a

Sunday, December 6, 2009

memories..

assalamualaikum..huhu..aku datang lagi..(gaya cakap nak macam iklan Tora tu pula kan).. entry kali ni will be divided into a few parts..check it out okehh!


part 1...
aku nak ucap berbanyak2 terima kasih pada semua yang dah wish birthday hari tu.tak kisahla melalui sms,calls,FB or Myspace...haha..tak banyak mane pon dapat wish nye, tapi still buat aku terharu..yela..ada jugak yang ingat birthday aku..soooo 'un-sangkarabel'..hehe..and to jura,ami,byna and maneq, thanks for the presents.. :)
ohh yea..a big thanks to Maxis and Celcom for giving me free calls and sms (Maxis- 24hours free calls and sms maxis-maxis(on 1st dec only) and Celcom- 7 days free sms and calls to my 8pax friends)..so,sesiapa yang tetiba ternampak bayang2 nombor phone aku missed called kat skrin phone korang hari tu, jangan pelik dan hairan la yea..aku try nak call semua orang hari tu, tapi tak kesampaian hajat aku tu..tapi takpe la..aku cuba lagi tahun depan..haha...


part2...
masa 1st dec tu, aku keluar dengan 3 orang kawan baik aku masa kat sekolah dulu..boleh dikatakan berapa kali je kami keluar sama2 semenjak habis sekolah ni..selalunya aku keluar dengan Jura je..tapi kali ni aku, Jura, Byna and Amie (amie ni last minute decide nak ikut..) dapat juga keluar..keluar pergi mana je pun..lepak2 di KBMALL je..tapi okay la dari merayau entah kemana2 kan..lagipun, faham2 la kat KB ni kat mane je kami boleh lepak2??huhu..Amie datang amek kitorang kat rumah masing2..haha..nasib la..dia je pun yang ada lesen and bawak kereta dgn aktifnya..on the way nak pergi KB tu, macam2 cerita keluar..haha..gelak je sepanjang jalan..mane tak nye, dah lama tak jumpa kan..cerita, gosip panas tu tak payah cakap la kan..tu dah wajib..haha..cerita yang sebelum ni aku tak tahu, tetiba terkeluar pulak time tu..hehe..
sesi bercerita ni memang berterusan la..dari turun kereta, masa tgh jalan2 dalam kbmall tu, ke meja makan pizza sampai la masa perjalanan balik..huh!penat aku gelak..tapi aku happy..at least hari tu aku isi dengan something yang precious kan.. :)

part3...
weekend ni, kat facebook.. cousins aku buat sesi flashback pulakk..haha..boleh pulak dorg keluarkan cerita2 masa kitorang kecik2 dulu..haha..serius lucu weii..first sekali diorang start dengan cerita buat biskut tanah liat..pastu kejadian kak cheq and kakak (cousin aku) naik basikal keliling kawasan perumahan kat rumah aku ni sampai nak tereksiden kat simpang empat sebelah rumah aku ni..pastu main masak2, main kejar2, naik basikal pergi taman permainan dan yang sewaktu dengannya..semua tu sangat2 bermakna buat kitorang..sekarang semuanya dah besar2 and lepasni dah nak ada komitmen masing2 pulak..tapi alhamdulillah, hubungan ni masih macam dulu..bila berkumpul, bising tetap bising..memang nak pecah rumah bila dok gelak2..and one of cousin aku tu cakap, dia teringin sangat nak buat semua yang kitorang buat masa kecik2 dulu (except yg buat biskut tanah liat tu)..yeap..aku pon nak..aku nak main masak2 dgn diorang..aku nak main kejar2 dgn diorang..aku nak naik basikal keliling kampung dgn diorang..sebab tu detik indah kitorg..memang kami akan ingat semua tu sampai bila2..InsyaAllah.. :)


honestly, aku taip semua ni sambil senyum sorang2..especially bila sampai entry 'part3...', aku tergelak sorang2..haha..tak sabar nak jumpa orang2 yang terlibat dalam entri2 kat atas tu..hehe..

sampai ketemu lagi..

~w.N.a~

p/s: entries kat atas sana melibatkan ramai orang..dan semuanya yang saya sayang.. :)


Tuesday, December 1, 2009

hey!
pengakuan:

aku rasa jealous..

sangat-sangat jealous..

kenapa?

aku pun tak tahu..

tak sepatutnya aku rasa macam ni pun sebenarnya..

tapi tu laa..

gedik sangat kan pergi selongkar semua yang ada..

konon-konon nak tahu semua..

hampeh..

kan dah jadi macam ni..

just move on..

move on..

sila buat macam yang telah dijanjikan..

sila berkelakuan seperti yang sepatutnya..

sila jangan ulang benda yang boleh buat diri sakit hati tanpa alasan yang kukuh..

dengar kata hati dan buka minda..

semoga jumpa apa yang dicari dan dikehendaki..

sekian, terima kasih.


p/s: tu boleh dikira sebagai sesi luahan perasaan la kot since teman luahan perasaan aku agak sibuk dan takde masa nak melayan budak2 macam aku ni.heh.dah lama nak cakap tapi tak tertaip dan tercakap kat sesapa..atau mungkin patut merehatkan diri daripada sesi berterus-terang tentang sesuatu ni buat sementara waktu.. :p

ohh ya..adik aku..adik bongsu aku yang tiap2 hari jadi teman bergaduh aku kat rumah ni, siap boleh kejar2 dalam rumah ni tadi dah selamat bersunat..haha..dah besar rupanya dia..haritu dapat result UPSR dengan keputusannya 2A, 2B and 1C..ok la tu dik.maths dapat A kira bagus la tu.kakakmu ini pun tak cemerlang jugak dulu..(aku mengalami zaman kejatuhan time tu..sungguh, tak tipu pon..huhu)..i know u can do better..usaha lagi bila dah masuk sekolah menengah nanti ya! love u adik!

and today, 1st december was my 19th birthday..alhamdulillah..sudah hampir mencapai dua dekad rupanya..banyak benda lagi aku kena dan nak buat.. :)
dan aku berkongsi tarikh keramat ni dengan adik bongsu aku tu..
to ADIK, HAPPY 12th BIRTHDAY!may Allah bless u and love u always..nanti dah sihat kita suh Ma and Wea bt party yea!haha.. :D
and to my cousin too, khaleeda..dia pon share tarikh dengan kitorg jugak tau..happy birthday juga!yang ke-10 rasenye.heheh.budak2 lagi..

so, is there anyone kat luar sana yang bermurah hati nak sponsor kek kat kami yang handsome and georgeous ni??haha..poyo je.. :p

(sekarang jam dah 0334am and aku belum tidur lagi..haihh..nak jadi musang ke mira??esok nak keluar for girls day out..yeah2!haha..harap2 tak hujan. kalau tak tersekat dalam banjir..ohh tidak!! :| )

ketemu lagi..

~w.n.a~

Sunday, November 29, 2009

assalamualaikum and salam sejahtera semua..aku kembali!ceyy..macam dah pergi jauh kan ayatnye..haha..tapi betul la..aku kembali mengupdate blog aku ni lepas dah lame tak hiraukan page ni..bukan ape, ade cerita yang nak diberitahu tapi masa tak mengizinkan, tiba-tiba hilang idea la and paling konkrit punya alasan, AKU MALAS..hehe.. :p
Banyak benda yang aku nak cakap and luahkan kat sini..tapi disebabkan selalu tertangguh je, aku dah lupa sesetengah cerita tu..nak buat macam mana, melayu mudah lupa..haha..(mentang2 la tadi tengok 'Biography Mahathir' kat History channel)..
dan untuk pengetahuan korang aku dah dekat dua minggu balik bercuti kat rumah ni..menunggu kedatangan hari nak start practical pulak..hishh..14 days after my 19th birthday..wish me luck!
semalam aku sekeluarga menyambut hari raya Aidiladha..tak ada buat ape pun..pagi tu bangun tidur, mandi and bersiap2 (dapat baju kurung baru..haha) sambil tunggu Wea balik dari masjid..then gerak pergi kampung bini Pak Su aku kat Kampung Tok Kaya sebab Wea buat korban kat situ..kampung tu tak jauh pon dengan rumah nenek aku..dalam 10min macam tu la..tapi suasana kampung ni agak best..ada sungai, kebun getah..pendek kata boleh rasa suasana kampung yang sebetulnya la..huhu..ok balik pada cerita asal..lepas sampai tu, duduk2 kejap lepas tu jalan kaki masuk kebun getah and redah ladang kelapa sawit which is my first experience sebenarnya semata2 nak tengok lembu..hehe..setakat ni tiap2 kali buat korban, aku tak pernah miss tengok time sembelih tu..kali ni pon tak terlepas jugak..tak kisah la kena jalan jauh sikit dari umah Tok Wan Ismail tu, janji boleh tengok..siap boleh ambil gambar lagi dalam kebun getah tu..tapi kejap je aku duduk kat tempat sembelih tu..kitorang balik lepak umah Tok Wan and tunggu daging siap dibahagi-bahagikan..yang bestnya lepas kerja2 sembelih tu siap, kat rumah Tok Wan ni akan ada makan2 sikit..so, aku dapat makan nasi free la time ni..hehe..lauk dah comfirm la daging lembu je semuanya kan..nasib baik daging tu favourite aku. :D
since semalam hari jumaat, so kami kena bergegas pulang sebab yang lelaki2 kena pergi solat jumaat pulak..kami singgah rumah nenek sebelah Wea which is selang dua buah rumah je dengan rumah mak aku tapi sebab datuk nenek sebelah mak aku dah takde, kami beraya kat rumah sebelah Wea je la..sobsss..then balik rumah tolong mak masak2 dari petang sampai malam and pagi tadi aku dengan semangatnya bangun awal semata2 nak bakar sate daging yang aku cucuk sendiri..hehe..dan hari ni stay at home je..makan,makan dan makan..roti canai+sate daging+nasi himpit+kuah sate+nasi+daging goreng kicap+perut masak air asam+kek+air sirap..macam mana aku tak gemuk?hua3..tak kisahla orang nak cakap aku gemuk ke ape, janji bahagia..akak aku yang sulung siap panggil aku Debok (sebutannya dae-boark..ade sengau2 sket ye)..iskk..jiran aku pulak cakap aku dah kurus..kurus??mungkin jugak..aku pun rasa dah agak kurus sem ni..banyak benda nak kena fikir..huhu..okay..balik pada cerita balik..hari raya kedua ni tak ada yang special pon..dah tak pakai baju cantik2 macam semalam.huhu..akak aku pon dah balik rumah dia tadi and abang aku pon dah nak balik KL esook..sunyi la balik jadinya rumah ni nanti..*sigh*
itu je la dulu untuk kali ni...

sampai ketemu lagi!

w.n.a

Friday, October 9, 2009

patah2 perkataan..

salam..
kali ni entry tak ade ape2 yang istimewa pon..
tapi sekadar nak mengingatkan diri sendiri dan juga orang lain, MIND YOUR WORDS PLEASE!
Tiap2 perkataan yang keluar daripada mulut kita ni macam satu doa tau.
and ianya juga mencerminkan keperibadian kita.
aku nak tanya la kan, kalau korang semua tengok orang tu cantik/hensem @ sedap mata memandang tapi bila bercakap, hampeh! bait2 perkataan yang keluar dari mulut tu semuanya menyakitkan hati..tak ke rugi tu? muka dah cantik/hensem tapi....
kalau tak guna perkataan yang buruk, tak sedap telinga mendengar dalam sehari tak boleh ke?
ingat macam bagus sangat la kamu boleh sebut perkataan macam tu??ingat aku dan yang lain2 kuno sangat ke tak tahu ape yang kamu sebut dan cakapkan?ohh aku tau..kamu baru tahu perkataan tu eh?kesian..baru nak up ye?ish3..lagi kesian..suka hati korang la..manusia.kita bukannya boleh tutup mulut diorang ni..cakap la selagi boleh bercakap sebelum nikmat tu kena tarik..tapi jangan nak salah guna pula..

aku dah kena berundur.nanti tak pasal2 aku pula yang terkeluarkan perkataan yang tak cantik untuk tatapan korang.huhu.. ^__^


p/s: aku buat entry ni bukan ape..tadi sakit telinga aku dengar ade seorang makhluk ni dok sebut 2,3 perkataan yang sangat annoying..macam dia sorang je yang tahu perkataan tu..huh!tapi biarlah.bak kata kawan aku yang sorang ni, budak tu baru nak up..lepas tu aku ade terbaca beberapa komen di satu laman blog ni..sungguh pedas dan berapi komen2 yang ada..sedih aku bila baca semua tu..ni ke yang dipanggil pelajar university?...fikir2 la sendiri..