Sunday, September 20, 2009

selamat hari raya!

Selamat hari raya aidilfitri kepada semua yang mengenali diri ini..mohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa, tersalah laku, terburuk laku, tersalah cakap dan tersalah tulis..harap dapat diampunkan segala salah dan silap yang pernah aku buat.. :)
hurm..raya ni agak lain dari yang lain rasanya.satu, kami beraya dengan keadaan rumah yang berwajah baru..alhamdulillah, syukur dengan rezeki kurniaan Allah..kedua, mungkin menjadi lebih meriah bila pulang ke kampung di siang hari nanti memandangkan bilangan ahli keluarga my dad bertambah..bertambah berbanding 2tahun sebelum ini.. :) ketiganya, hari raya kedua nanti, semua adik beradik my mom akan berkumpul di teratak kami..yela, bila sudah kehilangan kedua-dua orang tua, semestinya begini sajalah cara untuk berkumpul beramai-ramai..meriah u ollss!haha..
memandangkan ramadhan sudah berakhir, maka syawal pula menjelma..semoga lebaran yang datang ini memberikan seribu kerahmatan kepada kita..dan kita sepatutnya bersyukur dengan peluang dapat menyambut ramadhan dan syawal pada tahun ini dengan seadanya..entah dapat atau tidak lagi peluang seperti ini pada tahun hadapan..kita mana tahu kan?... ^__^

akhir kata, aku ucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI aku SEKELUARGA..


p/s: entry kali ni ayatnya agak berbunga-bunga..maybe kesan terperangkap dalam jammed masa nak ke kota bharu tadi kot.haha.selamat hari raya u ollss!!! :D

No comments: